Thursday, 29 March 2012 | 23:09 | 0 Atasinchi
Pabila ku buka mata, ku nampak kamu.
pabila ku pandang ke langit, aku nampak kamu
pabila aku mendengar radio, aku dengar suaramu
pabila aku menonton tv, aku tonton dirimu.
Kamu, kamu, kamu.. di mana sahaja, ada kamu
boleh tak kamu berhenti mengekori aku?
aku tak inginkan dirimu
aku ingin jauh dari kamu.
Lagu yang orang baru a.k.a pendatang baru buat mestilah dekat di hati pendengar. Maksudnya, sama keadaannya dengan kebanyakan orang lain.
Contohnya lagu yang meletups ialah Cari Jodoh-Wali Band dan Cinta Muka Buku by Najwa latif. Lagu-lagu ada kena mengena dengan orang lain. Ingat nak kena buat macam ni juga la kerana formula sudah jumpa. Kaji khalayak. Suka lagu yang ada kena mengena dengan diri mereka dan seni kata yang tersusun dan sama rimanya seperti lagu, Aku Maafkan Kamu.
Buka tempat nak tulis, idea akan datang untuk mengarang. Tak perlu cari apa-apa idea terlebih dahulu. Tulis sahaja apa yang berada di minda. Jadinya, aku boleh dikatakan blogger yang telah boleh mendapat instinct tersendiri. Tetapi bila dah bercuti ni rasa kepala agak berat kerana banyak perkataan-perkataan berlegar-legar dalam kepalaku ini. Dah macam planet berpusing pada galaksinya. Haha~
Nak tulis kat dalam lappy? Nak tulis boleh tapi nanti buat beratkan lappy je. Lagipun kadang-kala rasa macam tak tulis lagi atau ingat dah tulis tapi cari tak jumpa pula. Cuba tengok kat luar tu, dalam folder ada berapa puluh dokumen word yang aku dah tulis. Banyak sangat. Hmm..
P/s: untuk awak, semoga kerja awak baik-baik saja. Ingat, saya tunggu awak tau. <-haha, menggediks sikit. Wakaka~
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!